Wednesday, September 3, 2008

New Browser - Google Chrome






I'm not sure if this gonna be a threat to Firefox 3.0, but ten minutes into it, I'm already in love with it. I even change my default browser to Google Chrome.

Can't say though .... I might go back to Fifefox once the ugly side of GC start showing up.

But I can be absolutely sure, IE will eat their heart out.

And their view source result is damn cool......





Friday, August 29, 2008

BN TALK VS KEDAI KOPI TALK

BN TALK VS KEDAI KOPI TALK


Wan Azizah Wan Ismail

Pemimpin BN cakap, perbuatannya mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, adalah perbuatan tidak beretika.

Oghang kampung cakap, itulah hebatnya, tanda seoghang isteri. Dia sayang kat soami dia, dia korban kerusi ini supaya soami dia boleh khidmat lebih lagi.



Anwar Ibrahim

Pemimpin BN cakap, dia sudah terdesak, tidak berani bertanding di tempat lain, Bandar Tun Razak, Kulim Bandar Baru, tapi dia pilih Permatang Pauh. Pengecut. Bertanding tempat sendiri, memanglah, saya bertanding di tempat sendiri pun boleh menang juga.

Oghang kampung cakap, dia buat keputusan yang bijak, dia tahu jaga hati kawan-kawan di kawasan lain, dia pilih kawasan isteri dia, memang menang tu memihak pada dia. Tapi, ada jugak oghang lain bertanding tempat sendighi pun kalah.




Arif Shah Omar Shah

Pemimpin BN cakap, calon ini mampu menang dan mampu menewaskan calon lawan. Dia rajin bekerja, dan dia orang tempatan yang menetap di sini, dan boleh berbahasa Mandarin dan Hokien.

Oghang kampung cakap, susah Arip Syah nak kalahkan dia. Tokoh ini hebat kat negara dan kat dunia. Oghang kawasan ni sejak dulu dok sayangkan kat dia. Bahasa tu tak penting, yang penting apa sumbangan khidmat calon pada kawasan kita ni dan negara. Arip Syah dah baguih kat DUN Seberang Jaya, kalau pee Parlimen, pakat tak jumpak dah dia kat Seberang Jaya ni.




Media

Pemimpin BN cakap, media akan berlaku adil, terutama dari segi liputan, dalam pilihanraya kecil ini.

Oghang kampung cakap, sughathabaq, segala teevee, radio, susah kita nak percaya. Pembohong manyak sangat. Ketagha sungguh. Kita dengaq ceramah, baghu dapat direk. Kita boleh tengok sendighi dengan mata kepala kita. Lagi, anak-anak dok bagi maklumat daghi internet, kemaih lagi kita boleh yaqin.




Kos

Pemimpin BN cakap, pilihanraya kecil ini merugikan, dan kosnya memang tinggi. Namun tidak melebihi peruntukan kos yang ditentukan oleh SPR.

Oghang kampung cakap, pilihanghaya kecik ini, tentu depa belanja manyak. Dulu sekali, cetak promosi pun, apa ka, dok ada dekat RM 218 jota terhutang. Kali ini, ghasanya mau kot cecah dekat RM 50 jota ke ateh.




Keselamatan

Pemimpin BN cakap, sejumlah kira-kira 6,000 anggota berpakaian seragam akan dipusatkan di sini, demi menjaga keselamatan.

Oghang kampung cakap, ghasanya tak perlu terlalu ghamai kot. Tengok macam tu dok berasa gerun semacam. Lagi depa buat orang takut.




Sumpah

Pemimpin BN cakap, sumpah telahpun dilakukan mengikut syariat Islam. Anwar Ibrahim bila mahu bersumpah. Lakukanlah jikalau benar. Dia tidak berani pun.

Oghang kampung cakap, sumpah lagu ini tak ada dalam Islam. Lagi pun tak baik buat lagu tu. Sumpah bukan boleh buat barang main-main. Takut-takut kalau Allah turun bala, semua kena sama belaka.




Kuburkan

Pemimpin BN cakap, kami telah datang untuk kuburkan Anwar Ibrahim, kami akan tamatkan kerjaya politik Anwar Ibrahim.

Oghang kampung cakap, meluat sungguh la tengok oghang celupaq macam tu bila ceramah. Tak baik dok kata macam tu. Dia oghang muda, kenalah hormat sikit kat oghang yang lebih siniyer.




Bersih

Pemimpin BN cakap, kerajaan akan berlaku bersih dalam pilihanraya kecil ini.

Oghang kampung cakap, manyak main kotoq. Kita tengok, macam-macam dok berlaku.




Isu

Pemimpin BN cakap, saya akan dedahkan Anwar Ibrahim, amalan luar tabii, sodomi, liwat, salah guna kuasa, kroni, agen Amerika, agen Yahudi, dan banyak lagi.

Oghang kampung cakap, depa tak ada isu pembangunan, tak ada isu kebaikan nak kongsi dengan kita, tapi isu depa hanyalah bughukkan dia, sampai aib lagi memalukan. Kita beghasa terhina. Jatuh kesian kat dia.




Keputusan

Pemimpin BN cakap, berdasarkan keputusan yang telah diumumkan, BN menang, kerana ini jelas memperlihatkan demokrasi masih wujud di Malaysia.

Oghang kampung cakap, depa kata lagu mana pun, hakikatnya depa kalah dah. Kalah teghuk.





Kemenangan

Pemimpin BN cakap, kemenangan Anwar Ibrahim apa bezanya dengan kemenangan Wan Azizah Wan Ismail. Jumlah Ahli Parlimen sama sahaja. Tidak berubah pun. Saya bangun pagi ini, saya bertanya diri saya, jawapannya saya masih lagi seorang menteri.

Oghang kampung cakap, kemenangan dia eghtinya kemenangan penduduk kawasan ni, lebih lagi, kemenangan untuk sebahagian besaq rakyat Malaysia. Tak lama lagi, boleh berobah susunan menteghi. Menteghi lama pee, menteghi baghu pulak ganti.




Parlimen

Pemimpin BN cakap, baguslah kalau Anwar Ibrahim menang, dan masuk Parlimen, saya boleh dedahkan keburukan dia dengan lebih banyak lagi.

Oghang kampung cakap, baguslah kalau Anwar Ibrahim menang, dia boleh beri khidmat lebih bermakna lagi di Parlimen. Kerajaan laa ni tak boleh buat sesuka hati aniaya kita, naikkan hagha minyak, naikkan segala macam, keghana sekaghang pembangkang dok makin kuat. Lebih lagi bila dia jadi ketua.




PM

Pemimpin BN cakap, Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi masih kuat, masih mampu, UMNO masih kukuh, dan BN masih teguh. Tidak perlu post-mortem. Tambahan lagi, Anwar Ibrahim tidak akan jadi PM. 16 September 2008 hanyalah gimik politiknya.

Oghang kampung cakap, depa kena kaji kenapa depa kalah lagi. Ada mesej yang kami dok hantaq. Perdana Menteghi yang dok ada, dia lemah, dia lembik. UMNO dah rosak. BN berteghaboq. Dia perancang yang baguih. Nuu Hadi sama Lim, boleh dok semeja dengan dia, pakat-pakat, majukan negagha. Kalau dia kata 16 haribulan September ni, bukan ka, betoi lah. Kita yaqin dia boleh capai dan berjaya.

Jadi, cakaplah apa yang hendak dicakapkan. Nafilah sepuas mungkin. Hakikatnya, orang kampung sudah boleh mengupas perihal pilihanraya jauh lebih bermakna dan bererti berbanding para pemimpin Barisan Nasional.

InsyaAllah, jumpa lagi di beberapa pilihanraya kecil akan datang, dan jika masih lagi tidak sudi mendengar, tidak mahu berubah, sombong dan bongkak, maka, di PRU 13 kelak.