New Browser - Google Chrome

I'm not sure if this gonna be a threat to Firefox 3.0, but ten minutes into it, I'm already in love with it. I even change my default browser to Google Chrome.
Macho Law forbids me from admitting I'm wrong

Licked by Kucing Mafia at PERMALINK 9/03/2008 09:50:00 AM
 
BN TALK VS KEDAI KOPI TALK
Wan Azizah Wan Ismail
Pemimpin BN  cakap, perbuatannya mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, adalah perbuatan tidak  beretika.
Oghang kampung cakap, itulah hebatnya, tanda seoghang isteri.  Dia sayang kat soami dia, dia korban kerusi ini supaya soami dia boleh khidmat  lebih lagi.
Anwar Ibrahim
Pemimpin BN  cakap, dia sudah terdesak, tidak berani bertanding di tempat lain, Bandar Tun Razak, Kulim Bandar Baru,  tapi dia pilih Permatang Pauh. Pengecut. Bertanding tempat sendiri, memanglah,  saya bertanding di tempat sendiri pun boleh menang juga.
Oghang kampung  cakap, dia buat keputusan yang bijak, dia tahu jaga hati kawan-kawan di kawasan  lain, dia pilih kawasan isteri dia, memang menang tu memihak pada dia. Tapi, ada  jugak oghang lain bertanding tempat sendighi pun  kalah.
Arif Shah Omar Shah
Pemimpin  BN cakap, calon ini mampu menang dan mampu menewaskan calon lawan. Dia rajin  bekerja, dan dia orang tempatan yang menetap di sini, dan boleh berbahasa  Mandarin dan Hokien.
Oghang kampung cakap, susah Arip Syah nak kalahkan  dia. Tokoh ini hebat kat negara dan kat dunia. Oghang kawasan ni sejak dulu dok  sayangkan kat dia. Bahasa tu tak penting, yang penting apa sumbangan khidmat  calon pada kawasan kita ni dan negara. Arip Syah dah baguih kat DUN Seberang Jaya, kalau pee Parlimen,  pakat tak jumpak dah dia kat Seberang Jaya  ni.
Media
Pemimpin BN cakap, media  akan berlaku adil, terutama dari segi liputan, dalam pilihanraya kecil  ini.
Oghang kampung cakap, sughathabaq, segala teevee, radio, susah kita  nak percaya. Pembohong manyak sangat. Ketagha sungguh. Kita dengaq ceramah,  baghu dapat direk. Kita boleh tengok sendighi dengan mata kepala kita. Lagi,  anak-anak dok bagi maklumat daghi internet, kemaih lagi kita boleh  yaqin.
Kos
Pemimpin BN cakap,  pilihanraya kecil ini merugikan, dan kosnya memang tinggi. Namun tidak melebihi  peruntukan kos yang ditentukan oleh SPR.
Oghang kampung cakap,  pilihanghaya kecik ini, tentu depa belanja manyak. Dulu sekali, cetak promosi  pun, apa ka, dok ada dekat RM 218 jota terhutang. Kali ini, ghasanya mau kot  cecah dekat RM 50 jota ke  ateh.
Keselamatan
Pemimpin BN cakap,  sejumlah kira-kira 6,000 anggota berpakaian seragam akan dipusatkan di sini,  demi menjaga keselamatan.
Oghang kampung cakap, ghasanya tak perlu  terlalu ghamai kot. Tengok macam tu dok berasa gerun semacam. Lagi depa buat  orang takut.
Sumpah
Pemimpin BN  cakap, sumpah telahpun dilakukan mengikut syariat Islam. Anwar Ibrahim bila mahu bersumpah. Lakukanlah jikalau  benar. Dia tidak berani pun.
Oghang kampung cakap, sumpah lagu ini tak  ada dalam Islam. Lagi pun tak  baik buat lagu tu. Sumpah bukan boleh buat barang main-main. Takut-takut kalau  Allah turun bala, semua kena sama  belaka.
Kuburkan
Pemimpin BN cakap,  kami telah datang untuk kuburkan Anwar Ibrahim, kami akan tamatkan kerjaya  politik Anwar Ibrahim.
Oghang kampung cakap, meluat sungguh la tengok  oghang celupaq macam tu bila ceramah. Tak baik dok kata macam tu. Dia oghang  muda, kenalah hormat sikit kat oghang yang lebih  siniyer.
Bersih
Pemimpin BN cakap,  kerajaan akan berlaku bersih dalam pilihanraya kecil ini.
Oghang kampung  cakap, manyak main kotoq. Kita tengok, macam-macam dok  berlaku.
Isu
Pemimpin BN cakap, saya  akan dedahkan Anwar Ibrahim, amalan luar tabii, sodomi, liwat, salah guna kuasa,  kroni, agen Amerika, agen Yahudi, dan banyak lagi.
Oghang kampung cakap,  depa tak ada isu pembangunan, tak ada isu kebaikan nak kongsi dengan kita, tapi  isu depa hanyalah bughukkan dia, sampai aib lagi memalukan. Kita beghasa  terhina. Jatuh kesian kat  dia.
Keputusan
Pemimpin BN cakap,  berdasarkan keputusan yang telah diumumkan, BN menang, kerana ini jelas  memperlihatkan demokrasi masih wujud di Malaysia.
Oghang kampung cakap,  depa kata lagu mana pun, hakikatnya depa kalah dah. Kalah  teghuk.
Kemenangan
Pemimpin BN  cakap, kemenangan Anwar Ibrahim apa bezanya dengan kemenangan Wan Azizah Wan Ismail. Jumlah Ahli  Parlimen sama sahaja. Tidak berubah pun. Saya bangun pagi ini, saya bertanya diri saya,  jawapannya saya masih lagi seorang menteri.
Oghang kampung cakap,  kemenangan dia eghtinya kemenangan penduduk kawasan ni, lebih lagi, kemenangan  untuk sebahagian besaq rakyat Malaysia. Tak lama lagi, boleh berobah susunan  menteghi. Menteghi lama pee, menteghi baghu pulak  ganti.
Parlimen
Pemimpin BN cakap,  baguslah kalau Anwar Ibrahim menang, dan masuk Parlimen, saya boleh dedahkan  keburukan dia dengan lebih banyak lagi.
Oghang kampung cakap, baguslah  kalau Anwar Ibrahim menang, dia boleh beri khidmat lebih bermakna lagi di  Parlimen. Kerajaan laa ni tak boleh buat sesuka hati aniaya kita, naikkan hagha  minyak, naikkan segala macam, keghana sekaghang pembangkang dok makin kuat.  Lebih lagi bila dia jadi  ketua.
PM
Pemimpin BN cakap, Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi  masih kuat, masih mampu, UMNO masih kukuh, dan BN masih teguh. Tidak perlu  post-mortem. Tambahan lagi, Anwar Ibrahim tidak akan jadi PM. 16 September 2008  hanyalah gimik politiknya.
Oghang kampung cakap, depa kena kaji kenapa  depa kalah lagi. Ada mesej yang kami dok hantaq. Perdana Menteghi yang dok ada,  dia lemah, dia lembik. UMNO dah rosak. BN berteghaboq. Dia perancang yang  baguih. Nuu Hadi sama Lim, boleh dok semeja dengan dia, pakat-pakat, majukan  negagha. Kalau dia kata 16 haribulan September ni, bukan ka, betoi lah. Kita  yaqin dia boleh capai dan berjaya.
Jadi, cakaplah apa yang hendak  dicakapkan. Nafilah sepuas mungkin. Hakikatnya, orang kampung sudah boleh  mengupas perihal pilihanraya jauh lebih bermakna dan bererti berbanding para  pemimpin Barisan  Nasional.
InsyaAllah, jumpa lagi di beberapa pilihanraya kecil  akan datang, dan jika masih lagi tidak sudi mendengar, tidak mahu berubah,  sombong dan bongkak, maka, di PRU 13 kelak.
Licked by Kucing Mafia at PERMALINK 8/29/2008 04:29:00 PM
